Posts

Boatbased : Trip "Sampah Kau Buang" 2017

Image
Bertarikh 02 April 2017,Hari yang ditunggu sudah tiba. Seperti biasa saya, Randy dan Herman memulakan trip dengan perasaan yang gemuruh dan tak sabar-sabar hendak ke spot. Tekong Perol sudah menunggu di jeti. 


Kali ini tekong ceria kerana kali ini pasang surut sesuat untuk keluar ke muara Bako kerana air tinggi di muara dan tidak perlu bingung dengan beting. Setup yang saya bawa untuk di spot kawasan ini seperti sebelum ini iaitu menggunakan Rod Tulala Heavy Wire 63 dipadankan dengan reel Quantum Smoke Inshore 101 Htps. Drag reel ini berkekuatan 16 lbs dan sangan sesuai untuk menahan pemangsa lari ke batu.
Tiba di spot pertama Tanjung Pak Amit semua kami tiada sambaran dari penunggu lubuk tersebut. Kami berhanyut disekitar nya dan lure Herman telah di sambar ikan dan putus. Sekali lagi lure dia disambar ikan dan naik lah seekor Barracuda.
Selesai herman bergambar giliran saya pula menaikkan Barracuda menggunakan Zerek Ripper Diver. Selepas itu, tiada lagi sambaran pemangsa di kawasan itu…

Boatbased : Pulau Lakei 14 Mei 2017

Image
Sabtu 14 Mei 2017 trip casting di pesisir berbatu perairan cetek bersama Midan Lapok, Kama dan saya menggunakan tekong Peyrol dari kampung Bako. Set yang dibawa kami hanyalah untuk kegunaan Heavy Cover kerana lokasi yang di cuba merupakan kawasan dinding dan dasar berbatu serta cetek . Setup kena kuat dari reel, rod, mainline, leader fluoro, clip, matakail dan sebagainya kerana jika ada sambaran dari ikan maka kita perlu menahan kekuatan dari asakan  ikan dari menuju kearah batu tempat dia mengendap lure. Jika tidak, pasti berputih mata kerana ramai caster telah kecundang walaupun menggunakan setup kasar atau heavy cover. 
Jam 730 bergerak ke jeti Bako dan menunggu Tekong Peyrol datang sekejap dan jam 9 pagi baru bertolak dari jeti ke spot. Air pada masa itu sudah pasang lebih kurang setengah. Spot wajib pertama tidak menghasilkan sentapan. Menuju ke spot kedua dan dimulakan dengan Midan berjaya menaikkan seekor MJ. Selepas itu barulah saya menaikkan MJ berukuran 44 cm seberat 1.3 kg m…

Boatbased : Trip 1st 'Sampah Kau Buang' Saltwater Game 2017

Image
12 mac

Trip ke spot sekitar Bako telah di rancang oleh Randy dan Herman. Pasang surut ketika itu laju dan masih dalam Kingtides dalam kalendar almanac. Air surut kering diparas terendah jam 10 pagi. Air agak di jeti tempat kami turun di Sungai Bako sangat keruh. Tekong berpengalaman dari Kampung Bako iaitu Perol sudah menunggu kelihatan resah kerana kalau terlambat keluar dari muara Bako akan terkandas di beting di muara. Benar kata tekong kami terkandas di beting dan terpaksa turun dari bot dan menolak sehinggalah melepasi beting. Jauh juga kami menolak bot. Semangat tetap membara mencuba nasib di sekitar Bako.        Tiba di spot Tanjung Pak Amit terus casting disitu dan tekong dahulu menerima sentapan dari sang GT dan berjaya di daratkan.


Selepas itu saya pula berjaya menaikkan seekor GT menggunakan Zerek Fish Trap 30 gram dan 2 ekor lagi menggunakan Zerek Ripper Diver 90 mm (hanya seekor sahaja digambar mewakili lure ini). 


Manakala Randy telah dibuli pemangsa disitu dan putus.…